RIZMAN RUZAINI RED x JUNIOR LOOKBOOK KIDSWEAR RAYA 2023

KOLEKSI RAYA MEWAH UNTUK SI CILIK
#RIZMANRUZAINI #RIZMANRUZAINIRED
KUALA LUMPUR – Menyebutkan saja jenama lokal tersohor, Rizman Ruzaini, sesiapa saja tanpa mengira faktor usia pasti mahu menggayakan koleksi mereka. Memahami keinginan golongan kanak-kanak juga yang suka berfesyen, terutamanya anak perempuan yang gemar ‘melaram’ dan sebolehnya mahu kelihatan cantik persis ibunya, Rizman Ruzaini memperkenalkan koleksi khas raya buat si cilik Rizman Ruzaini.
Menurut Pengarah Kreatif Rizman Ruzaini, Yana Baharudin, “seperti yang ramai maklum, label Rizman Ruzaini ini sangat sinonim dengan baju raya. Sememangnya menjadi impian kami untuk menjadi pilihan utama rakyat Malaysia apabila menjelangnya Syawal yang turut boleh digayakan seisi keluarga. Bertepatan dengan tagline kita, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini. Maka, kami juga mahu si cilik beraya dalam helaian Rizman Ruzaini.
Kami mahu meraikan anak-anak ini dengan nuansa fesyen sebenar dengan memberikan mereka rekaan eksklusif dan pastinya selesa. Potongan koleksi ini juga masih mengekalkan identiti Rizman Ruzaini dalam suntikan lebih ‘comel’ sesuai dengan usia mereka.”




Koleksi ini menampilkan lima rekaan untuk kanak-kanak perempuan dan satu rekaan Baju Melayu untuk kanak-kanak lelaki. Rizman Ruzaini Red Kidswear Raya 2023 terdiri daripada:
Gaia, RM1699